Apa agaknya khabarmu di sana?
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan
Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti setahun lamanya
Semasa kau tiada apa yang terdaya…
Chorus
======
Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu
dalam angan dan barulah ku terasa bagai disembuh
Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa di sana
Tak sabar menantikan detik kepulangan
Namun hingga itu apa yang termampu…
Chorus
Terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja semua pencarian di sini
Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan bekalan andainya hari sukar mencabar
Teringatku waktu remaja
Bergembira dengan temanku
Memang banyak halangan ada
Harusku tabah hadapinya
Mungkinkah ini pengalaman hidupku
Untuk aku terus hadapi hidup baru
Dulu kita dah berjanji
Kan bersama selamanya
Tuhan tolong hanya ini diharapkan
Sungguh sukar kulupakan
Hatiku pada dirimu
Mungkin satu hari dia akan mengertiku
Bila ceritaku dunia baruku
Dalam hidup ini tiada yang kupinta
Hanya ingin bersama … kasihku